Hari Kebangaan Ke 53
Perpustakaan sekolah menyambut Hari Kebangsaan Ke 53 dengan mempamerkan keratan akhbar, gambar dan buku-buku yang berkaitan dengan kemerdekaan dan perkembangan di Malaysia . Semua warga sekolah dijemput mengunjungi perpustakaan sekolah untuk menghayati erti merdeka, mengkaji sejarah kemerdekaan dan proses pembangunan di negara kita. Pameran ini bertujuan memupuk semangat patriotisme dan cinta akan Negara dalam kalangan warga sekolah.