Mac

Hari Anti Merokok


  

Sempena Hari Anti Merokok, Perpustakaan Sekolah telah mempamerkan bahan-bahan yang berkaitan untuk menyeru para pelajar supaya menjauhkan diri atau menghentikan tabiat merokok. Kotak-kotak rokok yang mengandungi gambar-gambar anti merokok telah dipamerkan untuk mengingatkan pelajar-pelajar akan kebahayaan merokok.

Poster, risalah dan brosur yang berkaitan dengan aktiviti anti merokok juga dipamerkan untuk menyedarkan para pelajar tentang keburukan merokok terhadap kesihatan mereka. Kandungan pameran ini dapat menyedarkan pelajar daripada terjerumus dalam tabiat merokok.