Pameran Hari Bumi diadakan untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah tentang kepentingan memelihara alam sekitar sebagai tanggungjawab bersama. Hari Bumi diasaskan oleh Gaylord Nelson pada tahun 1970, dan telah menarik perhatian sebanyak 200 juta orang. Kini, konsep Hari Bumi tersebar sehingga mendapat pengiktirafan daripada 170 buah negara di seluruh dunia.
Sememangnya, bumi kita sakit tenat ekoran ketamakan sesetengah insan yang mementingkan keuntungan sendiri. Pembalakan, pelepasan gas-gas rumah hijau dan faktor-faktor lain menyumbang kepada masalah kronik yang sedang kita hadapi. Oleh sebab itu, kita haruslah insaf bahawa manusia patut mengubah cara hidup kita. Selamatkanlah bumi, selamatkanlah manusia.