Tuesday, July 5, 2011

Hari Penduduk Dunia (11 Julai 2011)


Pada hari 11 Julai 1987, penduduk dunia telah mencapai 5 billion. Oleh itu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menetapkan 11 Julai pada setiap tahun sebagai Hari Penduduk Dunia (World Population Day).  Tema Hari Penduduk tahun ini ialah "Memberi tumpuan terhadap isu-isu global yang penting".

Memandangkan kira-kira 3 billion atau 50% daripada penduduk merupakan golongan muda yang kurang daripada 25 tahun dan 40% daripada golongan ini adalah di bawah 15 tahun, kita perlu memberi perhatian yang serius terhadap isu-isu yang berkaitan dengan pertambahan penduduk dunia.

Pertambahan penduduk disebabkan oleh perkahwinan awal di negara-negara sedang membangun, kira-kira 350 juta pasangan tidak mempunyai pengetahuan tentang perancangan keluarga. Keadaan ini mengakibatkan 82 juta wanita di bawah 18 tahun telah berkahwin awal dan melahirkan anak. Masalah-masalah yang timbul daripada isu pertambahan penduduk ialah kekurangan makanan dan air bersih, pencemaran alam sekitar, pengangguran dan penyakit berjangkit, contohnya penyakit HIV/AIDS yang semakin merebak di Benua Afrika. Kerjasama peringkat antarabangsa diperlukan untuk menangani masalah-masalah ini.


Friday, May 27, 2011

Hari Guru 2011

Sempena Hari Guru yang dirayakan pada 16 Mei 2011, Perpustakaan sekolah telah mengada pameran Hari Guru. Tema Hari Guru Tahun ini ialah "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara".

Artikel, sajak dan kata-kata hikmat ditujukan kepada para guru untuk mengenang jasa dan budi baik mereka dalam mendidik generasi muda.
Buku-buku tentang pengajaran dan pembelajaran, kerjaya dan peranan guru juga dipamerkan untuk rujukan pengguna-penggunan Perpustakaan Sekolah.

Wednesday, March 30, 2011

Hari Bumi 22 April 2011


Pameran Hari Bumi diadakan untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah tentang kepentingan memelihara alam sekitar sebagai tanggungjawab bersama. Hari Bumi diasaskan oleh Gaylord Nelson pada tahun 1970, dan telah menarik perhatian sebanyak 200 juta orang. Kini, konsep Hari Bumi tersebar sehingga mendapat pengiktirafan daripada 170 buah negara di seluruh dunia.


Sememangnya, bumi kita sakit tenat ekoran ketamakan sesetengah insan yang mementingkan keuntungan sendiri. Pembalakan, pelepasan gas-gas rumah hijau dan faktor-faktor lain menyumbang kepada masalah kronik yang sedang kita hadapi. Oleh sebab itu, kita haruslah insaf bahawa manusia patut mengubah cara hidup kita. Selamatkanlah bumi, selamatkanlah manusia.

Monday, February 7, 2011

Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2011



Maklumat mengenai Perayaan Tahun Baru Cina 2011 telah dipamerkan di sudut Pameran Bertema Perpustakaan. Mengikut kalendar Cina, tahun ini merupakan tahun arnab. Oleh sebab itu, gambar-gambar arnab telah dipamerkan di sudut ini. Selain itu, penerangan tentang majlis makan malam sehari sebelum Tahun Baru Cina, pakaian tradisional dan perhiasan juga dipamerkan bagi memeriahkan suasana perayaan ini.